《三字經》馬來文

  1. 人之初 性本善   性相近   習相遠
    Peri mana manusia bermula? Asal pekerti baik berbela. Dari mana manusia tidak sehala? Asuh didik punca segala-gala.
  2. 苟不教   性乃遷   教之道   貴以專
    Diasuh tidak diajar tiada. Sebaik pekerti nescaya panda. Tata asuh apalah tanda. Bersungguh ia sepanjang dada.
  3. 昔孟母   擇鄰處   子不學   斷機杼
    Bonda Mengzi empunya cerita. Sebaik asuh dipindah merata. Si anak tiada ia bertata. Putuskan tenun itulah kata.
  4. 竇燕山   有義方   教五子   名俱揚
    Ada khabar Dou Yangshan. Pandai asuh caranya berkesan. Diajar anak lima kelakian. Sama masyhur namanya mengawan.
  5. 養不教   父之過   教不嚴   師之惰
    Menyusu ya mendidik tidak. Salah bapa orang katakana. Mengajar ya mengawas tidak. Malas cikgu orang sebutkan.
  6. 子不學   非所宜   幼不學   老何為
    Belajar entah-berentah ayuhai. Dari adab tiadanya sesuai. Sekecil budak sudah melalai. Sampai menua apalah pandai?
  7. 玉不琢   不成器   人不學   不知義
    Batu bila tidak dirata. Tidak sampai menjadi permata. Orang bila tidak ditata. Tidak sampai menjadi pendita.
  8. 為人子   方少時   親師友   習禮儀
    Dari mana si anak bersiap? Sekecil budak dibawa garap. Dengan guru kawan ia berharap. Dengan adat ibadat ia menatap.
  9. 香九齡   能溫席   孝於親   所當執
    Bagai Huangxiang berumur sembilan. Tikar bapa ia tahu suamkan. Hendak berbakti orang bertuaan. Ini amal yang patut dicontohkan.
  10. 融四歲   能讓梨   弟於長   宜先知
    Khabar Kongrong berusia empat. Berikan pear ia tahu tempat. Kepada abang kakak hendaklah hormat. Ini ajar perlu diingat.
  11. 首孝弟   次見聞   知某數   識某文
    Utamakan amal bakti berhormat. Kemudian ilmu segala maklumat. Tata kira hendaklah amat. Tata bahasa dibawa hemat.
  12. 一而十   十而百   百而千   千而萬
    Satu itu pangkal puluhan. Puluh itu pangkal ratusan. Ratus itu pangkal ribuan. Ribu itu pangkal tidak keterhinggaan.
  13. 三才者   天地人   三光者   日月星
    Tiga berbakat apalah saran? Langit, bumi, manusia kirakan. Tiga bersinar manalah padan? Suria, bintang dan jua bulan.
  14. 三綱者   君臣義   父子親   夫婦順
    Rukun manusia tiga bersandang. Raja sahaya terang-menerang. Bapa anak sayang-menyayang. Kepada suami isteri ia sumbang-menyumbang.
  15. 曰春夏   曰秋冬   此四時   運不窮
    Ada bunga ada yang panas. Luruh dingin datang melekas. Musim empat usahlah bahas. Gilir-mengilir tiada ia bekas.
  16. 曰南北   曰西東   此四方   應乎中
    Utara Selatan satu sepasang. Timur Barat saling mengundang. Keempat hala jangan dikurang. Kepada Tengah mereka bertiang.
  17. 曰水火   木金土   此五行   本乎數
    Kayu, api dan air. Logam tanah bergilir. Lima unsur inilah butir. Olah alam orang mentafsir.
  18. 十干者   甲至癸   十二支   子至亥
    Sepuluh urutan dicipta. Jia hingga Gui jadinya. Dua belas kiraan masa diminta. Zi hingga Hai tandanya.
  19. 曰黃道   日所躔   曰赤道   當中權
    Bumi keliling Matahari. Adanya hubung kait. Utara selatan ia terbahagi. Di tengah khatulistiwa dikait.
  20. 赤道下   溫暖極   我中華   在東北
    Sekitar kawasan khatulistiwa berlalu. Panas rasanya suhu. China oh negaraku. Timur hemisfera utara ia di situ.
  21. 曰江河   曰淮濟   此四瀆   水之紀
    Ada Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Sungai Huaihe dan Sungai Ji Shui jua setanding. Empat sungai ini tiada kurang penting. Sumber air utama disandang.
  22. 曰岱華   嵩恆衡   此五岳   山之名
    Ada Taishan ada Huashan. Diiringi Songshan, Hengshan Utara dan Selatan. Lima gunung ini bukan sembarangan. Gunung ternama dapatnya gelaran.
  23. 曰士農   曰工商   此四民   國之良
    Kepada para petani dan sarjana. Pekerja dan perniaga tiada lupa. Mereka ini memberi jasa. Menjadi tonggak utama negara.
  24. 曰仁義   禮智信   此五常   不容紊
    Peri Wajar dan Kemanusiaan. Berakal, Budi dan Kebolehpercayaan. Lima Amal nan berkekalan. Dikacau tidak dibalau jangan.
  25. 地所生   有草木   此植物   偏水陸
    Tanah nan luas ia membiak. Di situ rumput dan pokok bertapak.  Tumbuhan ia diberi nama. Sungai dan tanah ia dijumpa.
  26. 有蟲魚   有鳥獸   此動物   能飛走
    Ada ikan ada serangga. Unggas mergastua pelbagai rupa. Haiwan ini semua dijumpa. Berlari di darat terbang di angkasa.
  27. 稻粱菽   麥黍稷   此六穀   人所食
    Kacang, sekoi dan padi. Jagung, jawawut dan barli. Ini jenis enam berbiji. Dimakan manusia sehari-hari.
  28. 馬牛羊   雞犬豕   此六畜   人所飼
    Kuda, lembu dan kambing. Ayam, babi dan anjing. Enam ternakan nan seiring. Dibela manusia berpaling-paling.
  29. 曰喜怒   曰哀懼   愛惡欲   七情具
    Suka murka selawan. Sedih takut hampakan. Benci sayang dan inginan. Tujuh perasaan manusia tampilkan.
  30. 青赤黃   及黑白   此五色   目所識
    Hijau merah dan kuning. Hitam putih berganding. Dihiasi lima warna. Dapat dibeza dengan mata.
  31. 酸苦甘   及辛鹹   此五味   口所含
    Asam, pahit dan manis. Tiada lupa masin dan pedas. Lima rasa ini amat diperlu. Selera bertambah bila menjamu.
  32. 羶焦香   及腥朽   此五臭   鼻所嗅
    Bau prengus, hangit dan wangi. Bau hanyir jua busuk. Perihal lima bau ini. Ke hidung ia menusuk.
  33. 匏土革   木石金   與絲竹   乃八音
    Labu, tanah, kulit bernada. Kayu, batu, logam tidak sesuara. Sutera, buluh jangankan sama. Delapan bunyi inilah beza.
  34. 曰平上   曰去入   此四聲   宜調協
    Ada nada tinggi dan rendah. Jua nada rata dan tengah. Bergema  empat nada ini. Harus diselaras agar harmoni.
  35. 高曾祖   父而身   身而子   子而孫
    Buyut, moyang dan datuk. Bapa diri lima berbentuk. Kepada siapa bakal disuntuk? Anak cucu kita beruntuk.
  36. 自子孫   至玄曾   乃九族   人之倫
    Ada waris anak bercucu. Cicit ciak dua mengacu. Sembilan zuriat sudah menyebu. Tali keluarga semuanya ampu.
  37. 父子恩   夫婦從   兄則友   弟則恭
    Bapa anak berjasa. Suami isteri sekata. Tata abang hendaklah bermesra. Tata adik hendaklah mengharga.
  38. 長幼序   友與朋   君則敬   臣則忠
    Besar kecil mengatur. Rakan sahabat mencampur. Tata raja ia mengakur. Tata sahaya ia memujur.
  39. 此十義   人所同   當順敘   勿違背
    Sepuluh watak ini namanya. Disandang orang tiada bezanya. Tali masyarakat tali sayugianya. Dijunjung warga sekalian alamnya.
  40. 斬齊衰   大小功   至緦麻   五服終
    Ada zhan shuai ada qi shuai. Bersama-sama dagong, xiao gong dan si ma. Khas untuk adat ia dipakai. Apabila meninggal dalam upacara.
  41. 禮樂射   御書數   古六藝   今不具
    Adat, muzik dan memanah. Berkuda, kaligrafi dan mengira. Enam kemahiran hidup dahulu diajar. Kini tiada lagi dimiliki pelajar.
  42. 惟書學   人共遵   既識字   講說文
    Kaligrafi dan sastera dititik berat. Orang semua pandang berat. Kenal perkataan didahulukan. Klasik lama dikaji kemudian.
  43. 有古文   大小篆   隸草繼   不可亂
    Asal usul Bahasa Cina berzaman lama. Dari skrip tulang awal adanya. Sehinggalah ke skrip kursif. Tiada boleh dicampur aduk.
  44. 若廣學   懼其繁   但略說   能知原
    Ilmu ditimpa secara meluas. Manalah mula rumit tiada batas. Maka kenalilah dari yang umum. Dapat dicari kebenaran asas.
  45. 凡訓蒙   須講究    詳訓詁   名句讀
    Peri anak persekolahan. Hendak ia dituntutamalkan. Kepada erti kata ia jelaskan. Kepada tata baca ia nyatakan.
  46. 為學者   必有初   小學終   至四書
    Dinda ayuhai sekalian ingat. Berusaha biarlah bermula tempat. Dari erti baca ia tamat. Menelus hingga Kitab Berempat.
  47. 論語者   二十篇   群弟子   記善言
    Lunyu nan kitab pertama. Dua puluh bab ada bersama. Dengan murid iringan utama. Ujar Kongzi dibuat berlama.
  48. 孟子者   七篇止   講道德   說仁義
    Kitab Mengzi kitab kedua. Tujuh surah ada kesemua. Baik pekerti manalah bersua. Kesian Wajar itulah petua.
  49. 作中庸   子思筆   中不偏   庸不易
    Kitab Zhongyong siapa mengarang. Kepada Zisi ramai membilang. Ke Tengah jangan ia silang. Ke Sederhana jangan ia simpang.
  50. 作大學   乃曾子   自修齊   至平治
    Kitab Daxue kitab akhiri. Nama Cengzi teramat peri. Bermula santun keluarga diri. Hingga negara sealam ia takbiri.
  51. 孝經通   四書熟   如六經   始可讀
    Faham Xiaojing kian bernikmat. Selesai sudah Kitab Berempat. Hendak ia ilmu meningkat. Kitab Berenam itulah tempat.
  52. 詩書易   禮春秋   號六經   當講求
    Shi, Shu dan Kitab Yi. Li, Chungqiu dan Yue tersunyi. Kitab Berenam inilah bunyi. Cermat mengamat jangan disembunyi.
  53. 有連山   有歸藏   有周易   三易詳
    Lianshan kitab bergunung. Guizhang bumi mendukung. Zhouyi langit dijunjung. Tiga Yi hendaklah menenung.
  54. 有典謨   有訓誥   有誓命   書之奧
    Dian Mou sama mengisah. Xun Gao Tuanku bertitah. Shi Ming jihad berwatikah. Kitab Shu kandungnya payah.
  55. 我周公   作周禮   著六官   存治體
    Siapa Zhougong nan mengagung. Pengarang Zhouli teramat ulung. Enam Menteri tiada ia bingung. Tata negara dibawa junjung.
  56. 大小戴   注禮記   述聖言   禮樂備
    Ada Dai akbar bersaghir. Kepada Liji mereka mentafsir. Ujar guru banyak dibutir. Peri adat lengkap memzahir.
  57. 曰國風   曰雅頌   號四詩   當諷詠
    Guofeng rakyat lagukan. Ya Song nyanyian atasan. Kitab Shi empat bahagian. Hendak dibaca bersungguh-sungguhan.
  58. 詩既亡   春秋作   寓褒貶   別善惡
    Tiada Shi ia sinambungkan. Kepada Chungqiu ia dikitabkan. Puji cela ia siratkan. Baik buruk ia mengasingkan.
  59. 三傳者   有公羊   有左氏   有彀梁
    Tafsir Chungqiu ada bertiga. Gongyang itu dalam berkata. Zuoshi kan lebih berfakta. Kepada Guliang ia berantara.
  60. 經既明   方讀子   撮其要   記其事
    Faham nan segala Kitab. Kepada Pujangga ia tatap. Sari Kitab ada diungkap. Inti jadi banyak tertangkap.
  61. 五子者   有荀楊   文中子   及老莊
    Termasyhur nan Lima Pujangga. Xunzi, Yangxiong tampil pertama. Wenzhongzi itu orang ketiga. Laozi, Zhuangzi genap berlima.
  62. 經子通   讀諸史   考世系   知終始
    Kitab Pujangga dua syuhadah. Tatap ia sekalian Sejarah. Dengan zaman lagi silsilah. Tahu akan datang menyudah.
  63. 自羲農   至黃帝   號三皇   居上世
    Dari Fuxi sampai ke Shennong. Hingga Huangdi orang termenung. Tiga Maharaja barang disinggung. Purba kala kononnya mengagung.
  64. 唐有虞   號二帝   相揖遜   稱盛世
    Yao Shun empunya khabar. Dua Maharaja teramat sabar. Kepada takhta saling membiar-biar. Ke bawah duli maha akbar.
  65. 夏有禹   商有湯   周文武   稱三王
    Tiga Maharaja nan menyata. Kepada Xia Maharaja Yu mengetua. Kepada Shang Maharaja Tang pembuka. Kepada Zhou Maharaja Wu mula bertakhta.
  66. 夏傳子   家天下   四百載   遷夏社
    Waris anak siapa mulakan. Dinasti Xia ia menasabkan. Ratus tahun empat kirakan. Tiada semayam ia direstukan.
  67. 湯伐夏   國號商   六百載   至紂亡
    Kepada Xia Tang pupuskan. Raja pengganti Shang dinamakan. Bertakhta nan enam ratusan. Tiada Zhou ia mampu teruskan.
  68. 周武王   始誅紂   八百載   最長久
    Dinasti Zhou Wu bermaharaja. Mampus Zhou ialah yang kerja. Beratus lapan apalah saja? Terpanjang waris ialah penaja.
  69. 周轍東   王綱墮   逞干戈   尚遊說
    Kota Zhou dialihtimurkan. Tiada ia berukunnegarakan. Dalam negeri perang cetuskan. Jalan keluar pendita selisihkan.
  70. 始春秋   終戰國   五霸強   七雄出
    Dari Chungqiu lawan bermula. Pada Zhanguo tamat berbala. Lima Terkuat banyak melela. Tujuh Terhebat kemudian kala.
  71. 嬴秦氏   始兼并   傳二世   楚漢爭
    Ying Qin itu orangnya. Sarwajagat itu tanahnya. Warisnya ayuhai satu-satunya. Chu Han bangun membelahnya.
  72. 高祖興   漢業建   至孝平   王莽篡
    Gaozu kan maharaja agung. Dinasti Han ia mendukung. Hingga Xiaoping tiada lagi menanggung. Wang Mang ayuhai hamba pembendung.
  73. 光武興   為東漢   四百年   終於獻
    Takhta Kuangwu yang memulihkan. Han Timur ia dinamakan. Ratus tahun empat ia zuriatkan. Hingga Xiandi ia menamatkan.
  74. 魏蜀吳   爭漢鼎   號三國   迄兩晉
    Wei, Shu, Wu datang menyahut. Tampuk Han mereka rebut. Tiga Negara zaman disebut. Dua Jin masih berlarut.
  75. 宋齊繼   梁陳承   為南朝   都金陵
    Song Qi saling berganti. Liang Chen tiada berhenti. Raja Selatan mereka rebuti. Kota Jinglin semua berdekati.
  76. 北元魏   分東西   宇文周   興高齊
    Raja Utara Wei yang mulakan. Timur Barat ia diduakan. Satu belah Zhou pupuskan. Satu lagi Qi ambilkan.
  77. 迨至隋   一土宇   不再傳   失統緒
    Kembali Sui mendatu. Negara beransur satu. Berwaris tiadanya laku. Hilang berukun ratu.
  78. 唐高祖   起義師   除隋亂   創國基
    Dinasti Tang Gaozu mulakan. Dengan bala ia perbetulkan. Kacau Sui ia tenteramkan. Tapak semayam ia asaskan.
  79. 二十傳   三百載   梁滅之   國乃改
    Dua puluh waris banyaknya. Tiga ratus tahun panjangnya. Dilanggar Liang sekali-kalinya. Beralih pucuk pimpinan jadinya.
  80. 梁唐晉   及漢周   稱五代   皆有由
    Liang, Tang, Jin saling berganti. Hingga Han, Zhou ia berhenti. Dinama orang Lima Dinasti. Sebab-musabab tersedia erti.
  81. 炎宋興   受周禪   十八傳   南北混
    Dari mana Song mendatang?. Dinasti Zhou yang memulang. Lapan belas takhta berselang. Utara selatan kembali goncang.
  82. 遼與金   皆稱帝   元滅金   絕宋世
    Liao Jin dua asingan. Sama-sama bergelar Tuan. Kepada Jin Yuan pupuskan. Tiada Song diberi lanjutan.
  83. 輿圖廣   超前代   九十年   國祚廢
    Empayar Mongol paling besar. Dinasti sebelum tiada tanding. Sembilan puluh tahun ia berkuasa. Tiada adil maka ia diguling.
  84. 太祖興   國大明   號洪武   都金陵
    Taizu naik mengguling. Diganti dinasti bernama Ming. Hongwu gelar pengiring. Dibuat kota bernama Jinling.
  85. 迨成祖   遷燕京   十六世   至崇禎
    Chengzu itu takhta gilirnya. Yanjing itu kota pilihnya. Dengan enam belas zuriatnya. Tiada Chongzhen mampu mengikatnya.
  86. 閹亂後   寇如林   李闖出   神器終
    Sebab bangsawan meliar. Fasal bangsat menular. Hingga Lichuang melanggar. Tampuk hanyutlah terbakar.
  87. 清世祖   膺景命   靖四方   克大定
    Dinasti Qing Taizu beraja. Terima ia takdir menaja. Empat hala tenteram saja. Daulat ia orang memuja.
  88. 由康雍   歷乾嘉   民安富   治績誇
    Kepada Maharaja Kangxi dan Yongzheng. Tidak lupa Qianlong dan Jiaqing, Makmur negara rakyat senang. Tadbir urus yang baik jadi dikenang.
  89. 道咸間   變亂起   始英法   擾都鄙
    Setiba Xianfeng zamannya. Lemah dan kacau bilau jadinya. Britain dan Perancis sering ceroboh. Itulah punca Dinasti Qing roboh.
  90. 同光後   宣統弱   傳九帝   滿清歿
    Maharaja Guangxu tiada lagi. Kerajaan lemah mengundang  penceroboh asing. Sehinggalah Xuantong ia bertambah genting. Selamatkan negara Manchu diguling.
  91. 革命興   廢帝制   立憲法   建民國
    Maka dibawa revolusi. Tekadnya mansuh sistem monarki, Dirumus perlembagaan lima kuasa. Akhirnya tertubuh Republik China.
  92. 古今史   全在茲   載治亂   知興衰
    Sejarah dahulu dan kini. Semua dicatat tiada disembunyi. Bangkit dan jatuh suatu dinasti. Tidak diulang sudah pasti.
  93. 史雖繁   讀有次   史記一   漢書二
    Catatan sejarah banyak dijumpa. Disaran ikut tertib bila dibaca. Shiji yang pertama. Hanshu jadi kedua.
  94. 後漢三   國志四   兼證經   參通鑑
    Hou Hanshu dikaji yang ketiga. Sanguozhi kemudian dibaca. Kandungan terperinci dan benar ia cerita. Rujuk jua Zizhi Tongjian untuk gambaran sejelasnya.
  95. 讀史書   考實錄   通古今   若親目
    Kepada Sejarah ia bacai. Kepada catatan ia teliti. Dahulu sekarang ia lulusi. Bagai dialam mata sendiri.
  96. 口而誦   心而惟   朝於斯   夕於斯
    Apabila membaca mulut diguna. Otak dipakai jadi sempurna, Kerja keras pada siang hari. Sampai malam tiada henti.
  97. 昔仲尼   師項橐   古聖賢   尚勤學
    Bagai Kongzi zaman dahulu. Kepada Xiangtuo ia berguru. Pemurni nan sudah menghulu. Rajin belajar buat ia selalu.
  98. 趙中令   讀魯論   彼既仕   學且勤
    Zhao Jin perdana menteri. Kitab Lunyu banyak mengkaji. Jawatnya nan sudah meninggi. Rajin usaha tiada ia berhenti.
  99. 披蒲編   削竹簡   彼無書   且知勉
    Atas daun Lu Wenzhu salinkan. Dengan buluh Gongyang Hong tirukan. Teramat payah dapat bukukan. Tahu juga mereka usahakan.
  100. 頭懸梁 錐刺股   彼不教   自勤苦
    Kepada bubung rambut ia ikatkan. Dengan tusuk paha ia cucukkan. Sunjing Suqin tiada ajarkan. Tahu juga berkerja keraskan.
  101. 如囊螢 如映雪   家雖貧   學不輟
    Bagai kunang-kunang dibungkus. Dengan pancar salji menembus. Cheyun Sunkang teramat bulus. Kuat belajar tiadanya putus.
  102. 如負薪 如掛角   身雖勞   猶苦卓
    Khabar baca rakit pikulkan. Kepada tanduk buku gantungkan. Zhu Maiceng dan Li Mi kepayahan. Rajin belajar tiada kurangkan.
  103. 蘇老泉 二十七   始發憤   讀書籍
    Su Laoquan itu orangnya. Dua puluh tujuh umurnya. Sedar akan insaf benarnya. Dibaca kitab sekalian sudahnya.
  104. 彼既老 猶悔遲   爾小生   宜早思
    Ia nan sudah menua. Lewat belajar kesalnya jua. Dinda ayuhai jangan bersaja. Bersiap sedia hendaklah mula.
  105. 若梁灝 八十二   對大廷   魁多士
    Khabar Lianghao itu namanya. Berumur lapan puluh duanya. Periksa istana ia mengambilnya. Juara ia sekalian kotanya.
  106. 彼既成 眾稱異   爾小生   宜立志
    Ia nan sudah Berjaya. Ganjil aneh orang mengata. Dinda ayuhai sekalian ada. Tekad cita hendaklah taja.
  107. 瑩八歲 能詠詩   泌七歲   能賦碁
    Zu Ying berumur lapan. Puisi ia tahu iramakan. Li Mi berumur tujuhan. Catur ia masuk lagukan.
  108. 彼穎悟 人稱奇   爾幼學   當效之
    Ia nan handal mengerti. Takjub kagum orang memeri. Dinda ayuhai sekalian hati. Contoh baik wajar ikuti.
  109. 蔡文姬 能辨琴   謝道韞   能詠吟
    Cai Wenji siapa orangnya. Tanji ia tahu bezanya. Xie Daoyun apa hebatnya. Puisi ia tahu caranya.
  110. 彼女子 且聰敏   爾男子   當自警
    Ia nan dinda perempuan. Bijak handal ia upayakan. Dinda kan anak kelakian. Belakang jangan maju dirikan.
  111. 唐劉晏 方七歲   舉神童   作正字
    Liuyan siapa orangnya. Berumur tujuh khabarnya. Budak ajaib tersangat bilangnya. Penyelia Kitab ia dilantiknya.
  112. 彼雖幼 身己仕   爾幼學   勉而致
    Ia nan sangat memuda. Jabat awam sudah berpada. Dinda ayuhai sekalian asa. Berusaha keras demi kerjaya.
  113. 犬守夜 雞司晨   苟不學   曷為人
    Malam anjing bercega. Fajar ayam terjaga. Belajar tiada adinda. Menjadi apalah manusia?
  114. 蠶吐絲 蜂釀蜜   人不學   不如物
    Kepada sutera ulat ludahkan. Kepada madu lebah membuatkan. Tiada ayuhai orang latihkan. Serangga apalah ia melayakkan.
  115. 幼而學 壯而行   上致君   下澤民
    Sejak kecil ia belajari. Hingga besar ia amali. Kepada raja ia berbakti. Kepada rakyat ia berkati.
  116. 揚名聲 顯父母   光於前   裕於後
    Nama baik sohorkan. Ibu bapa banggakan. Nenek moyang harum jadikan. Cucu cicit limpah adakan.
  117. 人遺子 金滿嬴   我教子   惟一經
    Diwaris anak orang jelata. Dengan perkakas emas merata. Kepada anak saya bercara. Kitab satu teramat raya.
  118. 勤有功 戲無益   戒之哉   宜勉力
    Rajin membawa berkat. Senang tiada berhikmat. Adinda sekalian ingat. Usahalah sepanjang hayat.